Pusat Rehabilitasi PERKESO merupakan sebuah projek yang telah bermula sejak tahun 2008 lagi dan setelah bertahun dalam proses perancangan dan pembinaan, akhirnya Pusat Rehabilitasi PERKESO ini telah mula beroperasi pada 1 Oktober 2014. Pusat Rehabilitasi ini dibina dengan motif yang murni; iaitu untuk membantu orang berinsurans PERKESO ataupun pekerja untuk dipulihkan secara fizikal dan vokasional dan akhirnya kembali ke alam pekerjaan.
